Gempa bumi 4.6 skala Richter berhampiran ibu negara Iran

Facebook
WhatsApp

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda Iran berhampiran bandar Pardis di timur Tehran lewat Selasa, menurut Pusat Seismologi Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Pusat itu dalam laporan awal memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada 2016 GMT pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa dikenal pasti berhampiran sempadan wilayah Tehran-Mazandaran, kira-kira 41 kilometer dari Tehran dan 77 kilometer dari Karaj.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar termasuk bahagian timur wilayah Tehran dan bandar berhampiran di wilayah Mazandaran.

Setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.- Bernama-Anadolu

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos