Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gelombang haba paksa Menara Eiffel, muzium di Paris tutup lebih awal
  • GLOBAL

Gelombang haba paksa Menara Eiffel, muzium di Paris tutup lebih awal

Utusan Sarawak 10 hours ago
ORANG ramai menyejukkan diri di Air Pancut Trocadero di hadapan Menara Eiffel di Paris ketika gelombang haba berterusan di seluruh utara Eropah. – Foto AFP

PARIS: Menara Eiffel di Paris mengumumkan menerusi laman sesawang rasminya pada hari ini bahawa ia akan ditutup pada 4.00 petang (1400 GMT) hari ini dan esok susulan suhu yang meningkat mendadak, berbanding waktu operasi biasa sehingga 12.45 tengah malam (2245 GMT) keesokan harinya, lapor Xinhua.

Muzium Louvre dan Muzium Orsay di Paris turut memendekkan waktu operasinya. Muzium Louvre akan ditutup pada 4.00 petang sehingga 13 Julai, manakala Muzium Orsay akan ditutup pada 5.00 petang (1500 GMT) sehingga 15 Julai.

Menurut laporan media Perancis, sekitar satu perempat daripada wilayah negara itu kini berada di bawah amaran merah susulan gelombang haba melampau.

Meteo-France meramalkan suhu maksimum di Paris mencecah 36 darjah Celsius pada Sabtu, manakala beberapa kawasan lain di negara itu dijangka merekodkan suhu antara 39 hingga 40 darjah Celsius. Gelombang haba semasa dijangka berterusan sehingga pertengahan minggu depan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas pemilik, pengerusi Chelsea Ken Bates meninggal dunia pada usia 94 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.