Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gelombang haba luar biasa awal landa Eropah, suhu Mei atasi rekod 
  • GLOBAL

Gelombang haba luar biasa awal landa Eropah, suhu Mei atasi rekod 

Utusan Sarawak 6 hours ago

GENEVA: Beberapa negara Eropah mencatat suhu yang mengatasi rekod sebelum ini ketika gelombang haba luar biasa awal melanda sebahagian benua itu, sekali gus mencetuskan amaran kesihatan dan meningkatkan kebimbangan terhadap kekerapan kejadian cuaca ekstrem yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Perancis melaporkan tujuh kematian yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan cuaca panas, termasuk kes lemas dan insiden berkaitan haba semasa acara sukan, ketika negara itu merekodkan suhu Mei paling panas dalam sejarah.

Britain turut melaporkan beberapa kematian berkaitan air semasa tempoh cuaca panas itu, dengan pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati di kawasan sungai, tasik dan kawasan pantai.

Di Sepanyol, Agensi Meteorologi Negara (AEMET) memaklumkan rekod suhu tambahan bagi bulan Mei dicatatkan pada 27 Mei. Agensi itu memaklumkan suhu 36 darjah Celsius di Zamora, iaitu kali pertama bandar itu mencapai paras berkenaan pada musim bunga berdasarkan siri data yang menjangkau lebih satu abad. Rekod terdahulu sebanyak 35 darjah Celsius dicatatkan tahun lepas.

Itali meletakkan Rom, Florence, Turin dan Bologna di bawah amaran merah gelombang haba, dengan memberi amaran bahawa suhu boleh meningkat sehingga 35 darjah Celsius dan menimbulkan risiko kesihatan, khususnya kepada warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Di Switzerland, Pejabat Persekutuan Meteorologi dan Klimatologi (MeteoSwiss) melaporkan suhu waktu malam yang luar biasa panas pada 28 Mei, termasuk suhu minimum 20.1 darjah Celsius di Neuchatel dan 19 darjah Celsius di Changins. Jika disahkan, kedua-dua bacaan itu akan mencipta rekod baharu bagi bulan Mei, mengatasi paras tertinggi sebelum ini yang direkodkan masing-masing pada 2009 dan 2020.

Pakar meteorologi menyatakan bahawa gelombang haba itu menyebabkan suhu meningkat jauh melebihi purata bermusim di kebanyakan kawasan barat dan selatan Eropah. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Tujuh maut selepas beca terjunam ke dalam gaung di Kashmir dalam pentadbiran Pakistan
Next: 12 maut di barat daya India selepas minum arak tiruan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.