Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelanggang futsal baharu Kampung Alit RM300,000 siap, perkasa sukan komuniti luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Gelanggang futsal baharu Kampung Alit RM300,000 siap, perkasa sukan komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Projek pembinaan gelanggang futsal baharu di Kampung Alit dengan kos berjumlah RM300,000 kini telah siap sepenuhnya, sekali gus menyediakan kemudahan sukan moden kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek tersebut merupakan antara inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang memberi fokus kepada peningkatan kemudahan asas dan kesejahteraan komuniti.

Menurut beliau, projek bina baharu gelanggang futsal Kampung Alit itu telah dilaksanakan oleh Syarikat Darmiza Enterprise bermula pada 1 Oktober 2025 dan berjaya disiapkan pada awal April tahun ini mengikut jadual yang ditetapkan.

“Dengan siapnya kemudahan ini, saya berharap penduduk Kampung Alit dapat memanfaatkannya sepenuhnya, khususnya golongan belia dalam mengisi masa lapang dengan aktiviti sihat dan berfaedah,” katanya.

DATO Mohd Chee Kadir meninjau tapak projek bersama Ketua Kaum Kampung Alit, Majlan Julaihi. Foto ADUN Kabong

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan bersama Ketua Kaum Kampung Alit, Majlan Julaihi bagi meninjau sendiri hasil pelaksanaan projek tersebut, semalam.

Dalam pada itu, Chee Kadir turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas kelulusan peruntukan yang telah membolehkan projek ini direalisasikan demi manfaat rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Tambah beliau, pembangunan kemudahan sukan seperti gelanggang futsal bukan sahaja mampu menggalakkan gaya hidup sihat, malah berpotensi menjadi platform mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan penduduk setempat.

Projek berkenaan dilihat sebagai satu lagi bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembangunan menyeluruh Sri Aman diperkasa, rakyat terus nikmati manfaat 
Next: Koperasi pemangkin ekonomi rakyat, generasi muda digesa rebut peluang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.