Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gawai Dayak lambang keamanan, kesejahteraan masyarakat
  • WILAYAH

Gawai Dayak lambang keamanan, kesejahteraan masyarakat

Utusan Sarawak 21 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie hadir pada Majlis Gawai Ngiling Tikai anjuran PIBG SK St Martin Lachau dekat sini semalam. Foto Pejabat Ahli Parliman Sri Aman

PANTU: Perayaan Hari Gawai Dayak kini menjadi lambang kesyukuran atas segala berkat dan rahmat yang dikecapi khususnya dalam bentuk keamanan, kestabilan dan kesejahteraan di Sarawak serta Malaysia.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata kepelbagaian bangsa, budaya dan agama rakyat Malaysia khususnya di Sarawak terus menunjukkan contoh terbaik dalam meraikan perbezaan dengan semangat toleransi yang tinggi dan hubungan yang erat antara kaum.

“Negara kita aman dan politik stabil membuatkan rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni, sejahtera, maju dan makmur.

“Saya menggesa semangat perpaduan, kerjasama dan saling menghormati terus menjadi keutamaan dalam masyarakat majmuk dan diserlahkan dalam semangat Gawai yang diraikan bersama,” katanya.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie hadir pada Majlis Gawai Ngiling Tikai anjuran PIBG SK St Martin Lachau dekat sini semalam. Foto Pejabat Ahli Parliman Sri Aman

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Gawai Ngiling Tikai anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St Martin Lachau dekat sini semalam.

Doris dalam perkembangan lain menjelaskan pendidikan adalah merupakan satu cabang yang amat penting terutamanya kawasan luar bandar tanpa pendidikan akan terus ketinggalan dibandingkan dengan kawasan bandar.

“Oleh sebab itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat menekankan hal pendidikan terutamanya dasar pendidikan percuma di institut-institut pendidikan milik kerajaan Sarawak sendiri.

“Ia adalah untuk kesinambungan pendidikan anak-anak Sarawak. Kalau kita di kawasan Sri Aman khasnya tidak mengambil kesempatan serta merebut peluang masuk ke institusi ini amat rugi kerana pendidikan percuma ini disediakan bermula pada tahun hadapan,” ujarnya.

Antara inisiatif pendidikan yang dilaksanakan di Sarawak termasuklah pembiayaan penuh yuran pengajian tinggi untuk anak Sarawak di Institut Pengajian Tinggi (IPT), pemberian wang saku sebanyak RM1,200, baucar buku bernilai RM500, komputer riba percuma, serta pelaksanaan penilaian standard pelajar bagi Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak.

Kesemua inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang telah memperuntukkan sebanyak RM3 bilion bagi memperkasa sektor pendidikan di negeri ini.

Pada majlis tersebut, Doris turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada PIBG sekolah tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Seminar Keusahawanan Wanita 2025 lahirkan usahawan belia wanita di Sundar
Next: Terima kasih kerajaan Sarawak, Kabong terima banyak manfaat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.