Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gawai Dayak kukuhkan perpaduan komuniti Rumah Kechendai
  • SEMASA

Gawai Dayak kukuhkan perpaduan komuniti Rumah Kechendai

Utusan Sarawak 2 weeks ago
PERAYAAN Gawai Dayak 2025 disambut meriah 250 penduduk melibatkan 27 keluarga di Rumah Kechendai, Kepayang Jaya, Sungai Arip di sini, hari ini. Foto UKAS

SELANGAU: Perayaan Gawai Dayak 2025 disambut meriah 250 penduduk melibatkan 27 keluarga di Rumah Kechendai, Kepayang Jaya, Sungai Arip di sini, dalam suasana penuh adat dan tradisi masyarakat Dayak.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kepayang Jaya, Tr Kechendai Kalob, dalam ucapannya berkata Gawai Dayak bukan sahaja merupakan perayaan simbolik berakhirnya musim menuai, malah menjadi platform penting untuk menyatupadukan komuniti rumah panjang yang tinggal jauh di bandar mahupun di perantauan.

“Pada masa inilah anak-anak Kepayang Jaya yang merantau, termasuk dari Semenanjung pulang untuk berkumpul bersama keluarga, sekali gus memperkukuh hubungan kekeluargaan dan perpaduan,” katanya hari ini.

Beliau turut menekankan pentingnya perayaan ini sebagai wadah memelihara adat resam dan kebudayaan yang diwarisi turun-temurun.

Antara ritual tradisional yang diamalkan termasuk berancau tikai, miring, bedara, ngalu petara dan ngirup ai pengayu, selain persembahan tarian ngajat dan paluan taboh.

Turut diadakan ialah ‘Sembayang Berkat Bilik’ sebagai tanda kesyukuran atas limpahan berkat sepanjang tahun lalu dan memohon keberkatan bagi tahun yang mendatang.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap usaha kerajaan negeri menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah membawa kemajuan ketara ke kawasan tersebut.

“Dulu, perjalanan pulang ke rumah panjang mengambil masa tiga jam melalui sungai. Kini jalan bertar telah sampai dan kami juga telah menikmati kemudahan elektrik 24 jam,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Biro Wanita JKKK, Missy Sandin berkata tradisi makan serumpu di ruai menjadi salah satu kemuncak sambutan Gawai Dayak di Kepayang Jaya.

“Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti pansuh, pekasam, upa pantu, rebung, serta lauk eksotik seperti daging rusa, musang dan udang segar.

“Kuih-muih tradisi seperti penganan cuan, tatok dan ketupat turut dihidang,” katanya sambil menegaskan bahawa tradisi ini perlu terus dipertahankan.

Sambutan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan termasuk cabutan bertuah serta penyampaian hadiah penghargaan kepada enam warga emas sebagai tanda penghormatan kepada generasi terdahulu.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perarakan Gawai Dayak meriahkan Kampung Taee, tampilkan keunikan budaya Bidayuh
Next: CCBW 2025 kembali gegar Kuching Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.