Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gawai Dayak cerminan identiti, kekuatan komuniti Dayak di Sarawak
  • SEMASA

Gawai Dayak cerminan identiti, kekuatan komuniti Dayak di Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Sri Tiong King Sing bersalaman dengan penghuni rumah panjang ketika melakukan lawatan sempena sambutan Gawai Dayak di Bintulu.

BINTULU: Gawai Dayak bukan sekadar perayaan tetapi cerminan identiti dan kekuatan komuniti Dayak yang menjadi tunjang kepada budaya dan kemajuan negeri ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing berkata, semangat dan kekitaan yang terpancar dalam sambutan Gawai harus terus dipelihara sebagai aset berharga kepada negara.

“Di sebalik keceriaan menari poco-poco dan menikmati tuak serta langkau buatan sendiri, saya merasai sendiri kehangatan komuniti dan keunikan budaya yang menjadi kebanggaan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan Gawai ke lima rumah panjang sekitar Bintulu hari ini.

DATO Sri Tiong King Sing turut serta dalam upacara miring semasa lawatan Gawai Dayak di salah sebuah rumah panjang di Bintulu.

Rumah panjang yang dilawati termasuk Rumah Joseph Gima, Rumah Moses Kamarau, Rumah Joshua Manit Bayu, Rumah Unji Brain dan Rumah Emi Mesa.

Menurut Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu, kementeriannya kini menggiatkan usaha mempromosikan pelancongan berasaskan komuniti, termasuk meneroka potensi menjadikan rumah panjang sebagai produk inap desa.

“Melalui konsep ini, pelancong bukan sahaja datang melihat, tetapi turut tinggal dan merasai pengalaman sebenar, dari makanan tradisional hingga kepada gaya hidup masyarakat rumah panjang,” tambah beliau.

Katanya, inisiatif tersebut bukan sahaja mampu memperkenal kekayaan budaya Sarawak kepada dunia, malah memberi manfaat ekonomi secara langsung kepada penduduk luar bandar.

Tiong turut mengajak rumah panjang yang berminat menjalin kerjasama dalam menjadikan kawasan mereka sebagai inap desa untuk menghubungi beliau atau pegawai pelancongan tempatan.

“Jika ada rancangan naik taraf atau pembangunan, jangan segan untuk berhubung dengan pasukan kami. Kita akan bantu sedaya mungkin,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya semangat kebersamaan, saling hormat dan sokongan antara komuniti demi kemajuan bersama.

“Selagi kita kekal bersatu, saling menghormati serta saling menyokong dan bukan hanya mementingkan kepentingan sendiri, negara kita pasti akan terus maju,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TH utamakan kebajikan jemaah OKU penglihatan
Next: 555 banduan dibebaskan secara berlesen sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.