KUCHING: Gara-gara tidak mendapat wang yang diminta, seorang lelaki berusia 27 tahun nekad membunuh seorang nenek berusia 66 dalam satu kejadian sekitar 7.00 pagi di Kampung Rampangi, Samariang, semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Dara Mohd, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan hirisan pisau di mukanya.
Difahamkan bahawa selepas menyerang mangsa, suspek pergi ke rumah jiran untuk memberitahu bahawa dia memukul mangsa setelah gagal mengambil wang darinya.
Suspek memberitahu jiran bahawa dia meminta RM30 daripada mangsa yang enggan memberinya.
Marah kerana permintaannya ditolak, suspek pergi ke dapur untuk mengambil pisau dan menetak mangsa.
Jiran tersebut membawa suspek bersama balik ke rumah berkenaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia manakala, jiran yang lain kemudian bertindak menangkap suspek dan menghubungi polis.
Menurut jiran, suspek sedang menganggur dan selalu meminta wang bukan sahaja dari mangsa tetapi juga dari mereka juga.
Malah, suspek dipercayai menggunakan wang tersebut untuk membeli dadah.
Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan polis sedang mencari pisau yang digunakan oleh suspek.
Oleh Connie Chieng