Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gangguan bekalan air di beberapa kawasan Kota Samarahan
  • TEMPATAN

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan Kota Samarahan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
NOTIS gangguan bekalan air di beberapa kawasan Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Lembaga Air Kuching (LAK) telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air yang dijadualkan berlaku pada Isnin ini bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Gangguan ini akan melibatkan kawasan sepanjang Jalan Datuk Mohd Musa termasuk Aiman Mall Commercial Centre, i-Mas Village, Lorong Melaban, Desa Ilmu, Unimas, Jalan Bestari, Taman Desa Muhibbah dan kawasan sekitarnya.

Penduduk di kawasan terlibat dijangka mengalami tekanan air yang rendah atau gangguan bekalan sepenuhnya sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, LAK memaklumkan bahawa gangguan ini adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan kebocoran paip di kawasan i-Mas Village, Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan tersebut kerana kerja penyelenggaraan paip dijangka menyebabkan gangguan lalu lintas.

LAK memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan ini. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KWB di talian 082-222333 atau melalui WhatsApp di 019-8866650.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kemelut isu Petronas-kerajaan Sarawak, diselesai secara ‘menang-menang’ – Abang Johari
Next: 3,000 orang banjiri Kampung Tian, Matu saksi persembahan artis popular

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.