Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gandingan Adelia-Adania rangkul gelaran juara Boling Remaja Dunia
  • SUKAN

Gandingan Adelia-Adania rangkul gelaran juara Boling Remaja Dunia

Utusan Sarawak 9 hours ago
GANDINGAN remaja negara Adelia Nur Irwan Syazalee-Adania Mohd Redzwan rangkul pingat emas Boling Remaja Dunia. Foto Facebook Bowling Malaysia

KUALA LUMPUR: Gandingan remaja negara Adelia Nur Irwan Syazalee-Adania Mohd Redzwan, menamatkan penantian 20 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu perempuan pada Kejohanan Boling Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Kuching, Sarawak hari ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Megalanes Sarawak itu, pasangan negara menewaskan wakil Amerika Syarikat Erin Klemencic dan Elizabeth Teuber, 2-0 (244-181, 207-201) sekali gus menghadiahkan kejuaraan dunia beregu perempuan kedua buat Malaysia.

Kejayaan itu menyaksikan Adelia dan Adania mengulangi pencapaian Esther Cheah-Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang menghadiahkan gelaran sulung dunia beregu perempuan buat Malaysia pada edisi 2006 di Berlin, Jerman.

Terdahulu, Adelia dan Adania turut membantu skuad wanita meraih pingat gangsa acara berpasukan.

Kedua-dua mereka akan turun beraksi dalam acara berpasukan campuran akhir yang turut berlangsung hari ini. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 penampilan terakhirnya
Next: Carlos Queiroz letak jawatan jurulatih Ghana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.