Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Galakkan penyertaan belia dalam perniagaan
  • TEMPATAN

Galakkan penyertaan belia dalam perniagaan

Utusan Sarawak 5 years ago
BELIA USAHAWAN PERTANIAN… Paulus menerima cenderamata daripada Jakaria atas sokongan dalam menjayakan Program CEOP di DUN Batu Danau.

LIMBANG: Bidang pertanian kini merupakan trend perniagaan yang diceburi oleh kebanyakan belia luar bandar.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pemodenan Pertanian terus berusaha untuk mengalakkan penglibatan lebih ramai golongan belia dalam bidang pertanian yang boleh menjadi perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang menjelaskan bahawa pertanian mempunyai potensi luas dalam mengubah kehidupan dan ekonomi rakyat jika diusahakan dengan lebih serius.

“Kita menyarankan khususnya golongan belia di konstituensi Batu Danau untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor pertanian sekali gus meningkatkan ekonomi dan pendapatan keluarga,” katanya pada Program Agriculture Community Outreach (Agricop) di Dewan Kampung Bidang semalam.

Seramai 150 peserta dari 40 kampung di kawasan Batu Danau menghadiri program itu.

Paulus turut memaklumkan bahawa kini hampir keseluruhan kampung dan rumah panjang di kawasan DUN Batu Danau dapat diakses menggunakan kemudahan jalan raya.

“Oleh itu, penduduk setempat perlu menggunakan peluang ini untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya yang memberi keuntungan apatah lagi adanya jalan raya yang memudahkan mereka membawa hasil tani untuk dipasarkan”,ujarnya.

Menurutnya, golongan belia yang masih belum mempunyai pekerjaan perlu mengambil peluang untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

“Pada masa ini, populasi manusia kian bertambah, justeru keperluan untuk barangan makanan yang berasaskan kepada produk pertanian amat luas,”jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mewujudkan sistem mikro kredit iaitu kemudahan meminjam sejumlah modal.

Keistimewaan sistem ini ialah dalam tempoh tiga tahun peminjam hanya perlu membayar modal sahaja dan tidak perlu untuk membayar faedah.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tanggung sepenuhnya
Next: Pemuda DAP perlu diambil tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.