Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Gagal lindungi pekerja: Syarikat bina didenda RM25,000
  • MAHKAMAH

Gagal lindungi pekerja: Syarikat bina didenda RM25,000

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

LIMBANG: Sebuah syarikat pembinaan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Limbang selepas mengaku bersalah kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan seorang pekerja mengalami kemalangan pada Ogos lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak dalam satu kenyataan media, memaklumkan bahawa hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Monica Linsua ke atas syarikat Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang memperuntukkan kewajipan majikan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

“Mengikut kertas pertuduhan, syarikat tersebut gagal menyediakan sistem penangkapan jatuh (fall arrest system) ketika kerja-kerja pemasangan ‘soffit falsework for Pier 8 hammerhead’, yang mengakibatkan seorang pekerja warga Indonesia terjatuh dalam kejadian yang berlaku pada 3 Ogos 2024, kira-kira 4.30 petang di sebuah tapak pembinaan di Lawas,” menurut kenyataan itu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Sarawak, Mohammad Zaim Kassim @ Igan, manakala siasatan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat JKKP, Maszidie Gani, Ts. Noor Hidzir Md Noor, dan Nelson Pantau Philip Langut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen sulit
Next: Aksi bahaya di jalan raya, dua tertuduh terima padah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.