Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gadis Sibu raih emas di Birmingham
  • SUKAN

Gadis Sibu raih emas di Birmingham

Utusan Sarawak 3 years ago

KEBANGGAAN… Nadrah “Nada” Saufi bersama rakan sepasukannya ‘Girls Gaming’. • Foto Facebook: Girls Gaming

NADRAH ‘Nada’ Saufi gadis berusia 25 tahun dari Sibu meraih pingat emas bersama rakan sepasukan ‘Girls Gaming’ dalam Acara DOTA 2 (Wanita) Kejohanan eSports Komanwel (CEC) 2022 di Birmingham.

Antara rakan sepasukannya ialah Stephanie ‘Auroraa’ Lim Yuen Lii, Bette ‘iStarx’ Chia Hooi Ping, Wong ‘HG’ Wei Sian, dan Tan ‘Shizuma’ Lyn Xhin dan Nadrah ‘Nada’ Saufi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Nadrah atas pencapaiannya.

Kontinjen Malaysia menghantar 13 pemain untuk bersaing dalam dua kejuaraan iaitu Dota 2 dan eFootball, dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel yang diadakan serentak dengan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selain Grill Gaming, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) turut menghantar pasukan Atlantis untuk bertanding dalam Dota 2 kategori terbuka.

Sementara itu Timbalan Presiden MESF, Afiq Fadhli Narawi mengetuai kontinjen sebagai pengurus pasukan.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sasaran enam emas tercapai
Next: Manfaat potensi penuh kebolehan mental atlet dikaji dengan serius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.