MENURUT Mohamad Fuad, belau kini fokus dengan latihan bersama rakan-rakan yang lain sejak namanya tersenarai dalam pasukan powerlifting bagi menghadapi kejohanan dwitahunan negara itu.
Pengurus Pasukan, Rosmalina Mat Darus memberitahu, Mohamad Fuad Alen pernah mewakili Sarawak tetapi berbeza acara sukan disertainya.
“Dia pernah mewakili Sarawak tetapi berbeza acara disertainya berbanding kejohanan kali ini yang menyaksikannya bersaing dalam acara powerlifting,” jelas Rosmalina.
Sambil menambah skuad kali ini mempertaruhkan Sembilan atlet lelaki terdiri daripada Ariffin Joeng (49kg), Azlan Mos (54kg), Mohamad Fuad Alen (59kg), Abdul Malik Abdullah (65kg), Bryan Junency Ak Gustin (72kg), Hermandy Rasidi (72kg0, Arrobert Sabai Ak Sambang (80kg), Mohd. Firdaus Affandi (80kg) dan Nicodemus Manggoi Ak Moses (88kg).
Sementara itu, himpunan atlet wanita pula terdiri daripada Nurul Rabiatul Adawiyah Bakri (45kg),Melinda Tiong Zhing Zhing (45kg), Nuramirah Jamaludin (50kg), Fransisca Wells (61kg), Bibiana Ahmad (67kg), Sona Ak Agon (73kg), Rosnani Kassim (73kg) dan Norfariza Mortadza (86kg).
Untuk rekod, skuad powerlifting para Sukma Sarawak berjaya meraih 10 pingat keseluruhan ketika Para Sukma Perak 2018 dengan 7 emas, 1 perak dan 2 gangsa.