Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Festival Tarian Jalanan Antarabangsa Borneo buka tirai semalam
  • SEMASA

Festival Tarian Jalanan Antarabangsa Borneo buka tirai semalam

Utusan Sarawak 7 months ago
JOSEPH Chieng memotong riben pada perasmian Festival Tarian Jalanan Antarabangsa Borneo 2024 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud UTS, malam tadi.

SIBU: Festival Tarian Jalanan Antarabangsa Borneo 2024 yang membuka tirainya malam tadi, merupakan peluang terbaik mempromosikan Sibu ke persada dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata, ini menandakan permulaan lembaran baharu dalam perjalanan Sibu sebagai hab budaya yang bertenaga.

“Kami berbangga menjadi tuan rumah salah satu pertandingan tarian jalanan dan K-pop terbesar di Malaysia di sini.

“Festival ini bukan sahaja tentang persaingan, ia adalah mengenai budaya, perpaduan dan perayaan kepelbagaian,” katanya semasa berucap merasmikan festival tersebut di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud Universiti Teknologi Sarawak (UTS), malam tadi.

Menurutnya, tarian jalanan dan K-pop telah memikat hati jutaan orang di seluruh dunia dan hari ini budaya rancak itu mendapat tempat di Sibu.  

“Melalui acara ini, kami berhasrat untuk bukan sahaja meningkatkan pelancongan, tetapi juga menyerlahkan kekayaan warisan budaya Sarawak di persada antarabangsa.

“Belia adalah nadi pergerakan ini, dan dengan bangganya saya melihat mereka menerima platform ini untuk mempamerkan bakat mereka,” ujarnya.

Katanya, program “Blast Your Stage” dalam festival ini, kini di Stage 6.0 adalah bukti kejayaan inisiatif seperti The Stage.

“Melalui program yang dipacu oleh belia sebegini, kami mewujudkan ruang profesional di mana golongan muda di Sibu boleh mengekspresikan diri mereka dan berkongsi kreativiti dengan dunia.

“Kepada semua peserta, festival ini adalah meraikan kerja keras, semangat dan kreativiti anda.

“Sama ada anda berada di sini untuk pertandingan K-pop atau pertandingan tarian jalanan, hari ini adalah masa anda untuk bersinar,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Masalah kerap banjir di Sibu selesai setelah semua lima fasa projek siap – Fadillah
Next: Kelewatan projek Pan Borneo Sabah, disebabkan masalah pengambilan tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.