Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ferrari perkenalkan kereta elektrik pertama
  • GLOBAL

Ferrari perkenalkan kereta elektrik pertama

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR edaran yang dikeluarkan oleh Ferrari pada 25 Mei 2026 ini menunjukkan kereta Ferrari elektrik penuh baharu yang dipanggil “Luce”, perkataan Itali yang bermaksud “cahaya”, yang diperkenalkan oleh Ferrari di Rome. Foto AFP

ROM, Italy: Ferrari, pengeluar kereta mewah dari Itali, telah memperkenalkan model elektrik penuh yang pertama mereka, iaitu Luce, sekali gus menyertai pesaing seperti Porsche dan Lamborghini dalam menawarkan pengalaman pemanduan mesra tenaga bersih.

Luce — yang bermaksud “Cahaya” dalam bahasa Itali — mempunyai kelajuan maksimum melebihi 310 kilometer sejam (190 mph) dan jarak pemanduan lebih 530 kilometer, menurut kenyataan syarikat semalam.

Kereta itu mampu memecut hingga 100 km/j dalam masa 2.5 saat dan dilengkapi bateri besar berkapasiti 122 kWh.

Secara keseluruhan, Luce seberat 2.26 tan, menjadikannya model paling berat pernah dihasilkan syarikat itu.

Ia juga merupakan hanya model kedua Ferrari yang mempunyai empat pintu dalam sejarah syarikat, serta model lima tempat duduk pertama bagi jenama yang lebih dikenali dengan kereta dua tempat duduk yang bergaya dan “sporty“.

GAMBAR edaran yang dikeluarkan oleh Ferrari pada 25 Mei 2026 ini menunjukkan kereta Ferrari elektrik penuh baharu yang dipanggil “Luce”, perkataan Itali yang bermaksud “cahaya”, yang diperkenalkan oleh Ferrari di Rome. Foto AFP

“Kami sedang membuka lembaran baharu yang merealisasikan visi kami, sambil memperkukuhkan tradisi Ferrari dalam menjangka dan membentuk masa depan,” kata presiden syarikat itu, John Elkann.

Pelancaran tersebut hadir ketika pengeluar kereta mewah lain mula memperlahankan pembangunan model elektrik, selari dengan kelembapan industri dalam peralihan daripada enjin pembakaran dalaman berikutan permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan.

Tahun lalu, Ferrari berkata mereka menjangkakan model elektrik hanya akan merangkumi 20 peratus daripada penawaran syarikat menjelang 2030, berbanding sasaran sebelumnya sebanyak 40 peratus. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 2 maut, jejambat runtuh di Seoul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.