Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Feri Nanga Tulie beri sinar baharu
  • TEMPATAN

Feri Nanga Tulie beri sinar baharu

Utusan Sarawak 4 years ago
ADUN Pelagus, Wilson Nyabong bersama kenamaan lain merasmikan Feri Nanga Tulie, Jumaat lalu.

KAPIT: Feri Nanga Tulie bakal menjadi sinar baharu buat kemudahan penduduk di sekitar Pelagus.

Upacara simbolik tradisional miring Majlis Pandu Uji Feri Nanga Tulie telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong di Tebing Sungai Batang Rejang, Logpond WTK, Nanga Amang, Jumaat lalu.

Tujuan utama pandu uji feri dilakukan adalah bagi mengenalpasti keupayaan feri menyeberangi Sungai Batang Rejang seterusnya membolehkan pihak perunding projek serta operator feri merangka langkah seterusnya bagi melengkapkan projek ini.

Wilson dalam ucapannya menyatakan selaku ADUN Pelagus, beliau dan Kerajaan Negeri komited dalam mempertingkatkan kemajuan infrastruktur di kawasan DUN Pelagus.

Menurut beliau lagi,sebanyak RM 280 juta telah diluluskan di bawah peruntukkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi pembinaan jalan dari Nanga Tulie ke Merit.

Katanya, perlunya perkhidmatan feri beroperasi sementara pembinaan jambatan yang bakal dilaksanakan kelak di mana dua buah perkhidmatan feri dirancang akan digunakan di Nanga Tulie Pelagus dan Sungai Melipis, Bukit Goram.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Goram Jefferson Jamit Unya, wakil Residen Wee Teck Min, dan Pegawai Daerah Kapit Cerisologo Sabut.

Continue Reading

Previous: KPKT pinda Akta 118
Next: Bantu sediakan kediaman selesa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.