Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fenomena air pasang, SK Nanga Selangau turut terjejas akibat banjir  
  • Tengah
  • WILAYAH

Fenomena air pasang, SK Nanga Selangau turut terjejas akibat banjir  

Utusan Sarawak 4 months ago

SELANGAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau di sini terjejas akibat fenomena air pasang yang berlaku pagi ini, dengan paras air meningkat antara 0.37 hingga 0.84 meter.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum, pasukan pemantauan APM Selangau telah melakukan tinjauan dari jam 10.20 pagi hingga 10.52 pagi untuk memantau keadaan semasa.

“Tinjauan itu dijalankan di kawasan berisiko dinaiki air seperti SK Nanga Selangau selepas hujan lebat yang turun di daerah ini.

“Hasil tinjauan kami mendapati paras air terus meningkat, sementara cuaca mendung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, beberapa kawasan di sekolah yang terletak pada paras rendah telah dinaiki air, namun struktur bangunan sekolah tidak terjejas setakat ini.

“Mujur sekolah tidak beroperasi hari ini berikutan cuti tahunan, dan keadaan di lokasi masih terkawal,” ujarnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kelab Lions Sibu Loving Care berjaya kumpul 47 pain darah menerusi kempen
Next: Lima rumah panjang, sebuah kampung terputus hubungan akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.