Fatimah sampaikan zakat peribadi

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH YB… Fatimah (kiri) menyampaikan zakat peribadinya kepada salah seorang penerima pada Rabu.

DALAT: Seramai 264 asnaf dari kawasan ini telah menerima zakat peribadi wakil rakyat tempatan pada hari Rabu (5 Mei).

Mereka ialah penerima daripada beberapa buah kampung di Daerah Dalat dan upacara penyampaian telah dilakukan sendiri oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Penerima-penerima berkenaan terdiri daripada 207 penduduk dari 14 buah kampung di Daerah Dalat, dan disampaikan di enam lokasi berbeza, manakala  57 penerima zakat dari Kpg Sungai Kut Tengah dan Kpg Sungai Kut Muara, yang diwakili oleh Saini Jamblee.

Sebelum ini, beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, telah menyampaikan zakat peribadi kepada 195 penerima lapan buah Kampung di Daerah Kecil Oya.

Oleh Henry b Siyu

Iklan haram dicabut, tapi siapa pasang?

SABAN masa kita dihidangkan dengan berita bergambar mengenai langkah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutama majlis perbandaran dan dewan bandaraya menurunkan