Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fasa pertama pembinaan Gereja Katolik Roh Kudus Permyjaya guna Dana UNIFOR RM2.2 juta
  • Utara
  • WILAYAH

Fasa pertama pembinaan Gereja Katolik Roh Kudus Permyjaya guna Dana UNIFOR RM2.2 juta

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Sri Lee Kim Shin semasa menyempurnakan majlis perasmian, dan misa pemberkatan Gereja Katolik Roh Kudus Permyjaya, kelmarin. Turut bersama menyaksikan majlis ini, Right Reverend Bishop Richard Ng. Foto UKAS

MIRI: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen dalam menyokong pembangunan rumah ibadat pelbagai agama.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata usaha ini termasuk pembinaan Gereja Katolik Roh Kudus Permyjaya yang menggunakan kos keseluruhan sekitar RM4.2 juta.

Lee menerusi kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), berkata projek tersebut dibiayai dana kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebanyak RM2.2 juta selain sumbangan komuniti setempat.

“Ini juga merupakan hasil usaha gigih komuniti setempat serta sokongan kukuh daripada kerajaan negeri,” katanya.

Lee berkata demikian semasa menyempurnakan majlis perasmian, dan misa pemberkatan Gereja Katolik Roh Kudus Permyjaya di sini, kelmarin.

Menurutnya, fasa pertama projek tersebut turut merangkumi pembinaan gereja dan dewan serbaguna dengan kapasiti kira-kira 1,000 jemaat.

Dalam pada itu, Lee turut memaklumkan bahawa fasa kedua projek ini nanti akan melibatkan pembinaan blok bilik darjah untuk sekolah minggu, bilik mesyuarat serta kemudahan lain bagi kegunaan gereja.

Selain itu, Lee turut mengakui keperluan tambahan seperti tempat letak kereta.

“Saya akan mencari penyelesaian terbaik termasuk membina kawasan parkir tambahan serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas percuma,” katanya.

Lee menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus komited dalam memastikan kebebasan beragama dan keharmonian antara kaum di Sarawak.

Sementara itu, Right Reverend Bishop Richard Ng turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, UNIFOR, para penderma, dan komuniti gereja yang telah menyumbang tenaga serta sumber untuk merealisasikan pembinaan gereja tersebut.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiada gangguan elektrik di Saratok sepanjang Aidilfitri
Next: Bantu persiap lepasan SPM, STPM rancang laluan kerjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.