Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FAS tunda kejohanan utama
  • SUKAN

FAS tunda kejohanan utama

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN FAS…Dato Posa Majais.

FAIZAL BUJANG

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) akhirnya memuktamad keputusan untuk menunda tiga kejohanan utama mereka musim ini ke tahun depan.

Dengan tarikh baharu tiga kejohanan berstatus mega berkenaan, Kejohanan Bola Sepak Piala Sarawak, Kejohanan Futsal Piala Sarawak dan Kejohanan Bola Sepak Piala Belia Sarawak yang masih belum dapat diputuskan untuk pelaksanaannya.

Presiden FAS, Dato Posa Majais memberitahu, keputusan menunda tiga kejohanan itu disebabkan situasi yang belum selamat ekoran penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.

“Kita terpaksa mengambil keputusan untuk menunda tiga kejohanan itu ke satu tarikh baharu tahun depan.

“Memandangkan keadaan masih belum selamat sepenuhnya, dan keputusan berbuat demikian adalah langkah paling tepat,” ujar Dato Posa ketika ditemui semalam.

Beliau akui, mengutamakan keselamatan semua pihak terutama membabitkan sukan nombor satu di dunia itu adalah tanggungjawab pihaknya sebagai badan induk.

Mengikut perancangan awal, Bahagian Limbang telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Sarawak.

Sementara itu, Kejohanan Futsal Piala Sarawak yang dicadang berlangsung di Bahagian Sarikei. Berbanding Kejohanan Bola Sepak Piala Belia Sarawak yang dijadual berlangsung di Bahagian Serian.

“Semua tiga kejohanan itu dicadang berlangsung pada bulan berbeza hujung tahun ini,” tambah Dato Posa lagi.

Continue Reading

Previous: Safri tunggu tiket balik raya
Next: Bayern hampir bersetuju harga Sane

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.