Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Euro: Southgate diejek, dibaling botol bir
  • SUKAN

Euro: Southgate diejek, dibaling botol bir

Utusan Sarawak 11 months ago

COLOGNE, JERMAN: Pengurus England, Gareth Southgate diejek dan dilemparkan cawan bir oleh penyokongnya sendiri biarpun pasukannya mengungguli Kumpulan C ketika Slovenia turut mara ke peringkat kalah mati Euro 2024 selepas melakar keputusan seri 0-0 di Cologne.

The Three Lions sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir tetapi mereka dijangka akan terus dikritik selepas gagal memperbaiki prestasi hambar ketika mengatasi Serbia dan seri dengan Denmark.

“Saya faham mereka tidak berpuas hati dengan saya, itulah realitinya. Saya tidak akan berundur. Saya perlukan mereka di belakang pasukan.

“Saya tidak akan mengelak daripada mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang memberi sokongan, tetapi saya tahu kerana ini akan menimbulkan isu kepada kumpulan itu,” kata Southgate mengenai reaksi penyokong.

England perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir kumpulan awal pagi Khamis ini untuk mengetahui yang mana antara empat pasukan terbaik tempat ketiga yang akan mereka temui dalam pusingan 16 terakhir.

Tetapi lebih banyak soalan akan ditanya mengenai sejauh mana keupayaan pasukan pilihan itu mampu menamatkan penantian 58 tahun merangkul kejuaraan di kejohanan utama apabila barisan emas mereka diikat tanpa jaringan oleh Slovenia.

Namun Kapten England, Harry Kane menyifatkan prestasi pasukan kali ini lebih baik berbanding keputusan seri 1-1 dengan Denmark dan kemenangan 1-0 ke atas Serbia sebelum ini.

“Itu adalah sasarannya sebelum kejohanan bermula. Berada di puncak kumpulan dan mengawal nasib kami.

“Saya fikir kami bermain jauh lebih baik berbanding perlawanan-perlawanan lain. Kami hanya tidak dapat mencari penamat itu tetapi kami menantikan perlawanan seterusnya,” katanya.

Southgate membuat kenyataan berhubung pemilihan pasukannya, membuat perubahan besar-besaran ketika Conor Gallagher menggantikan Trent Alexander-Arnold, satu-satunya perubahan daripada dua perlawanan pembukaan.

Jika pengendali England itu mencari maklum terhadap terhadap 10 pemain yang dia turunkan dalam perlawanan sebelum ini, dia pasti akan kecewa. – AFP

Continue Reading

Previous: Euro: Kemampuan Perancis dipersoalkan
Next: Copa: Argentina mula tunjuk taring sebenar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.