Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Etiqa General Takaful lantik Shahrul Azuan sebagai CEO baharu
  • BISNES

Etiqa General Takaful lantik Shahrul Azuan sebagai CEO baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
SHAHRUL Azuan Mohamed

KUALA LUMPUR: Etiqa General Takaful Bhd (EGTB) melantik Shahrul Azuan Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 September 2020.

Shahrul Azuan sebelum ini merupakan Ketua Pengawai agensi Etiqa.
Beliau mengambil alih jawatan CEO daripada Zaharudin Daud, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Bhd berkuat kuasa 1 September 2020.

Menerusi kenyataan baru-baru ini, Etiqa berkata sebagai CEO EGTB, Shahrul Azuan bertanggungjawab memacu perniagaan takaful am dan memantau prestasi Etiqa General Takaful Berhad di Malaysia.

“Beliau akan melapor terus kepada CEO Kumpulan Etiqa Insurance & Takaful, Kamaludin Ahmad,” menurutnya.

Shahrul Azuan merupakan pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan dari Open University Malaysia.

Beliau juga merupakan profesional insurans bertauliah sekutu kanan dalam insurans dan pengurusan risiko di bawah Australian and New Zealand Institute of Insurance and Finance (ANZIIF) sejak 2011.- Bernama

Continue Reading

Previous: Nilai moratorium bayaran balik pinjaman RM78.14 bilion
Next: Ahli KPDRM berpeluang jadi usahawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.