Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • EPL: Liverpool, City, Arsenal mula langkah kanan
  • SUKAN

EPL: Liverpool, City, Arsenal mula langkah kanan

Utusan Sarawak 23 hours ago

Hugo Ekitike and Mohamed Salah

MANCHESTER, England: Pesaing kejuaraan Liverpool, Manchester City dan Arsenal semuanya memulakan musim dengan kemenangan, namun dengan cara berbeza pada hujung minggu pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Juara bertahan Liverpool memerlukan drama lewat permainan untuk menewaskan Bournemouth dalam suasana penuh emosi di Anfield, City menang mudah 4-0 ke atas Wolves, manakala Arsenal terpaksa bertahan habis-habisan untuk mengekalkan kemenangan tipis 1-0 di Manchester United.

Liverpool kurang keseimbangan

Barisan serangan baharu Liverpool sudah kelihatan lebih baik berbanding musim lalu yang menyaksikan pasukan Arne Slot menjuarai liga dengan baki empat perlawanan, tetapi kepelbagaian senjata serangan itu hadir dengan harga yang perlu dibayar.

Hugo Ekitike menjaringkan gol dan satu umpanan gol buat Cody Gakpo dalam penampilan sulungnya di EPL.

Namun, The Reds masih memerlukan dua gol lewat permainan daripada Federico Chiesa dan Mohamed Salah untuk menewaskan Bournemouth selepas mensia-siakan kelebihan 2-0.

Gol kedua Antoine Semenyo buat Bournemouth mencetus kebimbangan khusus buat Slot apabila pemain Ghana itu mampu melakukan larian solo tanpa dicabar dari luar kotak penalti sendiri sebelum menewaskan Alisson Becker.

“Berapa ramai pemain berada di hadapan bola – mungkin lapan pemain – ketika mereka sedang mendahului 2-1,” kata bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher.

“Ia tidak boleh berlaku. Ia amat mengejutkan di tahap ini.”

Liverpool dijangka akan membawa masuk lagi pemain di bahagian serangan dan pertahanan dengan memburu penyerang Newcastle, Alexander Isak serta pertahanan tengah Crystal Palace, Marc Guehi.

Namun, Slot mesti mencari formula untuk mengelak pasukannya terlalu terbuka ketika diserang balas, satu masalah yang sudah kelihatan sejak pramusim dan Perisai Komuniti.

Reijnders isi ketiadaan De Bruyne

City mahu bangkit selepas musim lalu yang mengecewakan, menyaksikan rentetan empat gelaran liga berturut-turut mereka berakhir.

Skuad kendalian Pep Guardiola sudah diperkukuh selepas hanya menamatkan saingan di tangga ketiga musim lalu dan pemain baharu tampil menyerlah di Molineux.

Tijjani Reijnders mengisi kekosongan ditinggalkan Kevin De Bruyne dengan terbabit dalam tiga gol awal City.

Pemain tengah Belanda itu menggunakan kepantasan kakinya untuk membuka ruang buat Erling Haaland menjaringkan gol pertama.

Reijnders, yang dibeli dari AC Milan dengan harga £46.5 juta (RM265 juta), kemudian menjaringkan gol sulungnya sebelum membantu Haaland menambah jaringan.

“Kami tahu dia adalah pembelian besar buat City dalam tahun-tahun mendatang,” kata Guardiola.

“Seorang yang hebat dan memberi impak sejak hari pertama.”

Persembahan berbeza, keputusan sama buat United

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim berkata konteks kekalahan 0-1 kepada Arsenal adalah “amat berbeza” berbanding musim 2024-25 yang suram, meskipun keputusan akhir mencerminkan kisah lama.

United melabur £200 juta (RM1.14 bilion) untuk memperkukuh jentera serangan selepas hanya menjaringkan 44 gol dalam 38 perlawanan liga musim lalu.

Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan pemain gantian Benjamin Sesko membuat penampilan sulung, tetapi gagal menembusi benteng disiplin Arsenal.

Perlawanan itu akhirnya ditentukan oleh kisah dua penjaga gol.

Penjaga gol United, Altay Bayindir melakukan kesilapan yang menghadiahkan gol tunggal jaringan Riccardo Calafiori.

Di gawang bertentangan, David Raya menjadi benteng kebal untuk menggagalkan percubaan Mbeumo dan Cunha.

Aksi bertahan Arsenal mungkin menghadiahkan tiga mata penting dalam misi mereka memburu gelaran liga pertama selepas 22 tahun.

Namun, skuad kendalian Mikel Arteta perlu menambah sengat jentera serangan jika mahu menamatkan dominasi City dan Liverpool yang menguasai kejuaraan sejak 2017. – AFP

Continue Reading

Previous: Chelsea sekadar seri tanpa jaringan lawan Palace
Next: PDRM Lawas angkat sukan sebagai landasan perpaduan, kecergasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.