PDRM Lawas angkat sukan sebagai landasan perpaduan, kecergasan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
JALINAN KERJASAMA…Pasukan-pasukan daripada berbagai jabatan dan agensi merakam gambar kenangan bersama Henry Sum Agong dan DSP Liong Tindan.

LAWAS: Polis Daerah Lawas bersedia menganjurkan Pertandingan Badminton Piala Ketua Polis Daerah (KPD) Lawas pada skala yang lebih besar pada masa hadapan.

Keyakinan ini disuarakan KPD Lawas, DSP Liong Tindan pada perasmian penutupan Pertandingan Badminton Piala KPD Lawas di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas semalam.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu objektif pertandingan berjaya dicapai khususnya dalam menjalin semangat kerjasama antara berbagai jabatan dan agensi di Daerah Lawas.

JUARA PERTANDINGAN…Pengurus pasukan PPD Lawas, Raden Wello menerima trofi dan wang tunai RM1,500 daripada DSP Liong Tindan selaku juara sulung Pertandingan Badminton Piala KPD Lawas.

“Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kecergasan, disiplin, motivasi penjawat awam serta mengukuhkan kerjasama untuk mengangkat imej progresif Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat,” katanya.

Jelasnya, sebelas pasukan daripada berbagai jabatan dan agensi di Daerah Lawas telah menyertai Pertandingan Badminton Piala KPD Lawas yang bermula 15 hingga 17 Ogos, baru-baru ini.

Pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lawas muncul juara menewaskan pasukan Majlis Daerah Lawas dan tempat ketiga dikongsi bersama pasukan Jabatan Kesihatan dan Pejabat Daerah Lawas.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Restoran Parimpan Kuching yang turut memberikan sumbangan.

Oleh Adeng Edrus