Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Enam senator baharu angkat sumpah hari ini
  • NASIONAL

Enam senator baharu angkat sumpah hari ini

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Seramai enam senator baharu akan mengangkat sumpah di Dewan Negara, 10 pagi esok, susulan pelantikan mereka menyertai kabinet semalam.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran dalam satu kenyataan menyatakan, Majlis Angkat Sumpah mereka adalah selaras dengan Peruntukan 4(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerajui Kementerian Kewangan.

Yang lain ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan I) dan Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar); dan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa ARMADA Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

“Pelantikan ini telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan,” kata Vigneswaran.  – Bernama

Continue Reading

Next: Muhyiddin umum Kabinet baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.