
BINTANGOR: Seramai enam orang pegawai dan anggota polis yang telah bersara menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara dan sijil penghargaan sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-218 Peringkat IPD Meradong di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong, hari ini.
Pingat dan sijil tersebut diserahkan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi, sebagai tanda penghargaan atas jasa serta pengorbanan mereka dalam mempertahankan keselamatan dan ketenteraman negara sepanjang perkhidmatan.
Penerima anugerah tersebut ialah ASP (B) Martin Usie Ngindang yang diwakili oleh Anut Jut, SI (B) Mohammad Yusup @ Mawi Yusup yang diwakili oleh Fatimah Bujang, KPL (B) Dipa Sanong, L/KPL/S (B) Hassan Bujang, L/KPL/S (B) Masuni Lee dan L/KPL/S (B) Razali Abang Wellie.
Sementara itu, penerima bagi Pingat Jasa Pahlawan Negara ialah KPL (B) Mohamad Yusof Mohamad Saad yang diwakili oleh Mohd Yusri Mohd Yusof dan L/KPL/S Sumpit Janting yang diwakili oleh anaknya, Peter Sumpit.
Sementara itu, hadir bagi menerima sijil Pingat Jasa Pahlawan Negara ialah SJN (B) Ebni Seli, SJN (B) Andrew Juni, KPL (B) Bisa Melintang, KPL (B) Muhammad Alipah Abdullah, L/KPL (B) Materang Junaidi, L/KPL (B) Zainuddin Fadzil yang diwakili oleh anaknya, Kadzhijah Zainuddin, L/KPL.S (B) Usang Bensin dan L/KPL.S (B) Joseph Lipa Jirom.
Selain itu, Sekam turut meyerahkan sijil penghargaan KPD Meradong kepada tujuh anggota polis dan dua kakitangan sokongan IPD Meradong.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucapan perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Lagu Sang Saka Biru dan Sedia Berkhidmat turut berkumandang dengan penuh semangat dari warga IPD Meradong di dewan tersebut.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii dan ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.
Oleh Earl Anek