Enam maut jambatan runtuh di Uttar Pradesh India

Facebook
WhatsApp
PEGAWAI yang hadir di lokasi kejadian selepas sebahagian jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat ribut di Sungai Betwa, menyebabkan enam buruh maut dan tiga lagi cedera, di daerah Hamirpur, Uttar Pradesh, awal pagi Jumaat 29 Mei 2026. Foto AGENSI

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban apabila bahagian jambatan sungai dalam pembinaan runtuh di negeri utara India, Uttar Pradesh pada Jumaat.

Beberapa pekerja binaan di tapak sungai Betwa sedang tidur apabila papak konkrit dan perancah menghempap ​​mereka ketika cuaca buruk, lapor media tempatan.

Kemalangan itu berlaku di kawasan Kurara di daerah Hamirpur, kira-kira 170 kilometer dari ibu negeri Lucknow.

“Ayah saya bertugas malam. Saya menghubunginya selepas ribut tetapi dia tidak menjawab telefonnya,” kata anak perempuan pengawal keselamatan yang meninggal dunia di tapak itu.

Tiga pekerja ditarik keluar daripada runtuhan dalam keadaan selamat, kata polis.- Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara