Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enam lori dikompaun parkir di kawasan perumahan
  • Utara
  • WILAYAH

Enam lori dikompaun parkir di kawasan perumahan

Utusan Sarawak 12 hours ago
BERTINDAK…Pegawai penguat kuasa MBM dan JPJ menjalankan operasi bersepadu terhadap kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahan sekitar Miri.

MIRI: Tindakan degil meletakkan kenderaan berat di kawasan perumahan membawa padah apabila enam lori dikenakan tindakan dalam operasi penguatkuasaan bersepadu Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hari ini.

Operasi tersebut dijalankan di beberapa kawasan perumahan sekitar bandar raya ini bagi membanteras kesalahan pemilik kenderaan berat yang menjadikan kawasan kediaman sebagai lokasi parkir.

MBM dalam kenyataan memaklumkan, kenderaan berat sememangnya tidak dibenarkan diletakkan di kawasan perumahan kerana boleh menimbulkan pelbagai risiko termasuk gangguan lalu lintas, kerosakan jalan raya serta ancaman keselamatan kepada penduduk setempat.

Menurut kenyataan itu, hasil operasi mendapati enam lori telah diambil tindakan atas kesalahan berkenaan.

 “Pemilik lori dan kenderaan berat diingatkan supaya hanya meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang telah diluluskan pihak berkuasa.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan isu keselamatan termasuk risiko kemalangan yang boleh membahayakan penduduk,” katanya.

MBM menegaskan operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah penguatkuasaan berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang, selain memelihara kesejahteraan komuniti bandar raya ini.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Program STEM bantu pelajar luar bandar kuasai teknologi, inovasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.