Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam kes positif Covid-19 varian XBB1.16 (Arcturus) dikesan di Sarawak
  • TEMPATAN

Enam kes positif Covid-19 varian XBB1.16 (Arcturus) dikesan di Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago

"IHCM yang menjejaki varian SARS-Cov-2 yang tersebar di Sarawak telah berjaya menyusun 33 sampel antara 20 Februari hingga 14 April 2023. Sampel ini adalah kes positif yang didapati kebanyakannya di Kuching manakala Serian menyumbang satu dan Sibu menyumbang dua kes." - Profesor Dr David Perera

KUCHING: Enam kes positif Covid-19 melibatkan varian XBB1.16 atau Arcturus telah dikesan di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan PerubatanKomuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera mendedahkan perkara tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah menerusi laporan terbaharunya, hari ini.

Varian Arcturus katanya, merupakan punca terhadap kenaikan dramatik kes positif Covid-19 di India dan negara lain baru-baru ini.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan varian Arcturus inibsebagai varian di bawah pemantauan kerana ia berpotensi meningkatkan infektiviti dan patogenik.

“Memandangkan varian tersebut telah dikesan di negeri ini, orang ramai dinasihatkan untuk lebih peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan.

“Setiap orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan dan mencegah penularan kepada individu yang terdedah terutamanya pada musim perayaan yang akan datang,” katanya.

Tambahnya, antara varian lain yang dikesan ialah XBB1.11.1 yang mana 12 kes telah dikesan dan tersebar terutamanya di Asia Tenggara.

Sementara itu, beliau menambah IHCM yang menjejaki varian SARS-Cov-2 yang tersebar di Sarawak telah berjaya menyusun 33 sampel antara 20 Februari hingga 14 April 2023.

“Sampel ini adalah kes positif yang didapati kebanyakannya di Kuching manakala Serian menyumbang satu dan Sibu menyumbang dua kes,” katanya. 

Sementara itu ketika mempengerusikan mesyuarat, Uggah sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka bagi mengelak peningkatan haba yang menyumbang kepada cuaca panas dan berjerebu. 

Tegasnya, orang ramai harus bersikap proaktif dan member kerjasama untuk melaporkan sebarang pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar atau Jabatan Alam Sekitar supaya tindakan segera. 

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Salam Aidilfitri kepada semua muslimin, muslimat – Rt. Revd Datuk Danald Jute
Next: Kerajaan Sarawak cadang tawar penerbangan harga rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.