Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat usahawan tarik nafas lega, terima bantuan peralatan perniagaan
  • Utara
  • WILAYAH

Empat usahawan tarik nafas lega, terima bantuan peralatan perniagaan

Utusan Sarawak 2 months ago
TAHNIAH… Para usahawan merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan perniagaan melalui Program COMMUNITY@SCORE, hasil kerjasama RECODA dan Sakura Ferroalloys Sdn Bhd.

LONG LAMA: Empat usahawan luar bandar dari kawasan pedalaman Sarawak kini menarik nafas lega selepas menerima bantuan peralatan perniagaan melalui Program COMMUNITY@SCORE, hasil kerjasama Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan syarikat Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd.

Majlis penyerahan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu diadakan di dua lokasi di Bario pada 9 April lalu dan di Long Lama, hari ini sebagai usaha memperkasa ekonomi masyarakat setempat, khususnya di bawah wilayah Highland Development Agency (HDA).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, sumbangan seperti itu memberikan impak besar kepada pembangunan sosioekonomi komuniti luar bandar.

“Sumbangan ini mungkin kelihatan kecil, tetapi impaknya besar dalam memperkukuh keusahawanan luar bandar dan ekonomi tempatan,” katanya semasa berucap merasmikan majlis berkenaan.

Antara penerima sumbangan di Bario termasuklah Anne Mariam Peter dari Kampung Padang Pasir dan Rosemary Sabin dari Kampung Pa Ukat, manakala di Long Lama, penerima terdiri daripada Nyipa Braim Hoshen dari Kampung Long Sobeng, Tinjar Baram dan Lekeen Eng dari Kampung Sungai Dua, Long Lama Baram.

Mereka menerima pelbagai peralatan perniagaan yang dijangka mampu melonjakkan produktiviti serta memperkukuh operasi perusahaan masing-masing sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi mikro dalam komuniti mereka.

Sementara itu, Penghulu Desmond Yap yang mewakili Dato Dennis Ngau, ADUN Telang Usan telah menyempurnakan majlis berkenaan yang diadakan di Long Lama.

Kerjasama antara RECODA dan Sakura Ferroalloys, yang merupakan pelabur di Taman Perindustrian Samalaju (SIP), Bintulu, menzahirkan komitmen jitu sektor swasta dalam memperkasakan pembangunan komuniti secara mampan.

RECODA menerusi Unit Pelaburan Swastanya yang diketuai Pengurusnya, Lulu Law turut merakamkan penghargaan kepada Sakura Ferroalloys atas sokongan berterusan mereka dalam memacu inisiatif pembangunan luar bandar.

Turut hadir pada kedua-dua majlis ialah wakil Sakura Ferroalloys, Chelsea Kennedy dan Rose Bibi Mawan, para pemimpin masyarakat serta barisan usahawan tempatan.

Majlis turut disempurnakan oleh Pengarah Wilayah HDA, Juan Ubit mewakili Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anjing liar berkeliaran sekitar Taman Tunku cetus kebimbangan
Next: Masjid Nur Permai terus diberi perhatian, terima peruntukan RM100,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.