Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat sekeluarga rentung
  • TEMPATAN

Empat sekeluarga rentung

Utusan Sarawak 5 years ago
KESEMUA mangsa ditemui mati ketika kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran dilakukan.

DEBAK: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung dalam kejadian kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Melayu Dit Debak, dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PPgB Vincent Baling Yabi berkata, kesemua mangsa ditemui mati oleh anggota bomba ketika melakukan pemadaman sisa kebakaran.

Katanya pihaknya menerima laporan sekitar jam 2.47 pagi berhubung kejadian kebakaran di Kampung Melayu Dit itu menerusi panggilan MERS 999.

“Sebuah kedai runcit berstruktur jenis tidak kekal tersebut telah terbakar 100 peratus.

“anggota dari BBP Betong yang tiba bertindak memadam sisa-sisa api dan menemui keempat-empat mangsa di lokasi kejadian,” jelasnya menerusi satu kenyataan kepada media semalam.

Vincent berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Sirin Yusuf, 60 tahun, Rosni Sari, 23 tahun, Dayang Ina Eset, 10 tahun, dan Dayang Ina Arrohan, 6 tahun.

Susulan itu katanya, kesemua mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.50 pagi.

Terdahulu, operasi menyelamat melibatkan seramai sembilan anggota BBP Betong serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak.

Continue Reading

Previous: Ik Pahon dilantik semula Presiden DBNA
Next: Kapal Perang Iban dipamerkan di Muzium Budaya Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.