KUCHING: Empat saudara berputih mata setelah kehilangan wang tunai mata wang asing bernilai hampir RM10,000 selepas disamun di salah sebuah rumah di Lorong Stampin Tengah di sini sekitar 4.00 pagi tadi.
Duit yang dicuri itu dipercayai milik abang sulung kepada salah seorang mangsa yang baharu pulang dari New Guinea yang juga mendiami rumah tersebut.
Perompak turut melarikan bungkusan mi, biskut dan milo.
Menurut empat bersaudara, salah seorang daripadanya seorang perempuan yang merupakan mangsa kejadian, tangan mereka didatangi oleh tiga lelaki yang tidak dikenali berusia dalam lingkungan 40-an.
“Tiga lelaki itu mengikat tangan dan mengacukan pisau ke leher kami.
“Suspek bertopeng menggunakan sarung tangan dan memberitahu tidak akan mengapa-apakan kami.
Jelas salah seorang mangsa, tangannya diikat dengan kabel dan telah diarahkan untuk menggerakkan adiknya yang berada dalam bilik berasingan dalam rumah sama.
Sejurus kemudian, adiknya turut membuka pintu dan tangannya juga diikat.
Kemudian, dua beradik itu telah pergi ke bilik salah seorang saudara yang juga mendiami rumah tersebut menerusi pintu tandas.
Kedua-duanya dikejutkan dan diminta masuk ke bilik tidur utama. Perompak memberitahu gadis itu mereka tidak akan mengganggunya kerana mereka hanya mahukan wang.
Ketiga-tiga beradik itu dan seorang rakan berusia antara 19 hingga 40-an semuanya diarahkan untuk berhimpun di bilik tidur utama dan diawasi oleh salah seorang daripada perompak, sementara dua lagi menggeledah rumah itu.
Hasil laporan, polis ke lokasi untuk menyiasat lanjut kes.
Utusan Sarawak difahamkan rumah terlibat kejadian terletak di bahagian akhir lorong itu berdekatan dengan hutan.
Oleh Connie Chieng