Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat ketua balai bomba terima APC
  • TEMPATAN

Empat ketua balai bomba terima APC

Utusan Sarawak 5 years ago
TAHNIAH… Ketua Zon 6, Law Poh Kiong (dua kiri) bersama Mohamad Hamdani (kiri), Maureen Sim dan Terry Robson (kanan) yang menerima APC semalam.

MIRI : Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama tiga lagi ketua balai bombanya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 secara serentak sekali gus cipta sejarah negara.

Empat penerima anugerah tersbeut ialah Ketua Zon 6 Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohamad Hamdani Madon, Ketua Balai BBP Lopeng Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Terry Robson Forance Nyanggau dan Ketua Balai Marudi Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Maureen Sim Ah Lian.

Mereka menerima anugerah itu daripada Pengarah JBPM Sarawak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Khirudin Drahman yang diadakan di Auditorium Curtin University Malaysia di sini semalam.

Khirudin berkata pencapaian yang diperoleh zon 6 Miri ini cukup membanggakan bagi JBPM melihat kepada segala usaha yang telah dilakukan mereka sepanjang tahun 2019.

Ketua Zon 6, Law Poh Kiong mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi JBPM, Kerajaan Sarawak dan Malaysia atas penghargaan yang diberikan kepada beliau bersama tiga lagi ketua balai di bawah bidang kuasanya.

Katanya, tidak pernah berlaku di negara kita dan ini pertama kali berlaku di Sarawak apabila ketua zon dan ketua-ketua balainya menerima APC secara serentak.

“Kami amat terharu dan merupakan satu penghormatan buat Zon 6 Miri apabila segala usaha dibuat pegawai-pegawai dan anggota-anggotanya dihargai oleh negara,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, secara keseluruhannya bahawa seramai 113 orang pegawai bomba JBPM Negeri Sarawak menerima APC 2019.

Majlis APC 2019 Siri 2 semalam adalah melibatkan JBPM Zon 4, 5, 6 dan 7 itu menghimpun seramai 51 orang penerima, manakala Siri 1 adalah melibatkan Zon Selatan telah diadakan di Kuching pada 26 Jun lepas.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kepulangan Sarkawi terus dinanti
Next: Operasi SAR mangsa baham buaya ditamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.