Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat disahkan maut susulan wabak baharu Ebola di Republik Demokratik Congo
  • GLOBAL

Empat disahkan maut susulan wabak baharu Ebola di Republik Demokratik Congo

Utusan Sarawak 4 hours ago
PETUGAS kesihatan kelihatan berada di dalam “zon merah” sebuah pusat rawatan Ebola yang diserang pada awal pagi 9 Mac 2019 di Butembo. Foto AFP.

CAPE TOWN: Empat orang maut dalam wabak baharu virus maut Ebola di Republik Demokratik Congo (RD Congo), menurut pihak berkuasa kesihatan hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) melaporkan bahawa kematian yang disahkan itu direkodkan di wilayah Ituri, yang bersempadan dengan Uganda dan Sudan Selatan di timur laut negara berkenaan.

Sebanyak 13 kes Ebola telah disahkan setakat ini oleh sebuah makmal di Kinshasa, menurut CDC.

Keputusan awal makmal menunjukkan bahawa wabak baharu itu tidak mempunyai kaitan dengan virus Zaire Ebola yang paling biasa ditemukan, sebaliknya melibatkan strain yang berbeza.

Keputusan penjujukan bagi mengenal pasti ciri strain itu dengan lebih lanjut dijangka diperoleh dalam tempoh 24 jam akan datang, menurut CDC.

Ebola merupakan penyakit berjangkit yang mudah menular dan mengancam nyawa.

Virus ini disebarkan melalui sentuhan fizikal dan sentuhan dengan cecair badan.

Menurut Institut Robert Koch Jerman, kadar kematian akibat Ebola boleh mencecah sehingga 90 peratus jika individu yang dijangkiti tidak dirawat dengan segera.

Lebih 11,000 orang maut semasa wabak melanda Afrika Barat pada 2014 dan 2015.

Kes Ebola paling terkini di Congo dilaporkan pada September lepas apabila 45 orang maut di Wilayah Kasaï di barat daya negara itu semasa wabak Ebola ke-16 di Congo sejak 1976. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 6.3 gegar timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.