Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat daripada 16 jambatan telah siap
  • TEMPATAN

Empat daripada 16 jambatan telah siap

Utusan Sarawak 2 months ago
PRAPELANCARAN…. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melancarkan majlis pra pelancaran Jambatan Batang Rajang, hari ini.

SARIKEI: Jambatan Batang Rajang telah siap dan Jalan Pasi ke Tanjung Manis dibuka sepenuhnya untuk orang awam bermula hari ini.

Berita gembira ini  diumumkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis prapelancaran Jambatan Batang Rajang.

Uggah, sehubungan itu, mengucapkan tahniah kepada wakil-wakil rakyat di kawasan ini kerana mendapat jambatan baharu.

“Terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah memberi dana yang cukup iaitu RM321 juta untuk membina 17 kilometer (km) Jalan Pasi ke Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.4 km.

“Ini musim menuai jambatan…tujuh jambatan lagi dijangka siap pada tahun ini.

“Satu adalah Jambatan Saribas 1, Batang Lingga, Batang Lupar 1, Jambatan Limbang, Batang Igan, Sebauh dan Sejingkat,” katanya.

Tambahnya, sementara itu pada 2026, jambatan yang dijadualkan siap adalah Jambatan Batang Paloh, Batang Krian, Batang Lupar 2 yang berhampiran bandar Simanggang dan Batang Saribas 2.

“Jumlah keseluruhan jambatan kita adalah 16 dan empat daripada jumlah ini telah siap.

“Ini adalah dana semua…dana Wilayah Sarawak,” katanya.

Dengan siapnya jambatan ini juga, ia memudahkan orang ramai balik ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ulang tahun ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945 diperluas ke peringkat negeri
Next: Hargai jasa petugas barisan hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.