
PETRA JAYA: Empat sekeluarga cedera termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di Jalan FAC-Kampung Selang, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang tadi, dua mangsa kanak-kanak berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba manakala dua lagi mangsa dewasa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

Ketua Operasi PBK I Syed Mohd Azreen Wan Halami berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang dan tiba di lokasi pada 3.42 petang.
“Anggota membuat size-up menggunakan PPE lengkap sebelum mengeluarkan mangsa dengan stretcher.
“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.