Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat angkasawan tiba di ISS selepas kepulangan awal kru terdahulu
  • GLOBAL

Empat angkasawan tiba di ISS selepas kepulangan awal kru terdahulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGKASAWAN misi Crew-12, dari kiri, juruterbang Jack Hathaway, kosmonaut Rusia Andrei Fedyaev, komander Jessica Meir dan angkasawan ESA Sophia Adenot dari Perancis, meninggalkan Bangunan Operasi dan Pemeriksaan sebelum menuju ke Pad 40 di Stesen Angkasa Tentera Udara Cape Canaveral di Cape Canaveral, Florida, pada Jumaat, 13 Februari 2026, bagi misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Foto AGENSI

NEW YORK: Empat angkasawan tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas NASA membawa pulang kru terdahulu lebih awal disebabkan masalah perubatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keempat-empat angkasawan Kru 12 mendarat di ISS menggunakan kenderaan angkasa SpaceX Crew Dragon, menurut imej langsung yang dikeluarkan NASA pada Sabtu. Mereka berlepas dari Cape Canaveral, Florida pada Jumaat.

Kru 12 terdiri daripada angkasawan NASA Jessica Meir dan rakan sekerjanya Jack Hathaway, angkasawan Rusia Andrey Fedyaev serta angkasawan Perancis Sophie Adenot dari Agensi Angkasa Eropah (ESA).

Ia merupakan misi pertama ke ISS bagi Hathaway dan Adenot, manakala Meir dan Fedyaev masing-masing merupakan penerbangan kedua mereka.

Kru ini dijangka menghabiskan kira-kira lapan bulan tinggal dan menjalankan penyelidikan di stesen angkasa tersebut.

Pada pertengahan Januari, Kru 11 – angkasawan AS Zena Cardman dan Michael Fincke, angkasawan Jepun Kimiya Yui dan angkasawan Rusia Oleg Platonov – pulang ke Bumi lebih awal kerana masalah perubatan. Ini merupakan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku dalam sejarah stesen itu. NASA tidak mendedahkan butiran masalah tersebut atau anggota kru yang terjejas.

Satu penyerahan tugas antara kedua-dua kru pada asalnya dirancang, seperti amalan biasa di ISS. Sebaliknya, angkasawan NASA Christopher Williams dan angkasawan Rusia Sergei Mikaev serta Sergey Kud-Sverchkov kekal di stesen dalam beberapa minggu kebelakangan bagi memastikan operasi berjalan lancar.

Kru antarabangsa telah tinggal dan menjalankan penyelidikan di stesen angkasa itu secara berterusan selama sekitar 25 tahun.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lelaki 30 tahun disahkan kes pertama H5N1 di Kemboja 2026
Next: Latvia dilanda salji tebal, paras tertinggi dalam 12 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.