Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Emery redakan cakap kejuaraan Villa
  • SUKAN

Emery redakan cakap kejuaraan Villa

Utusan Sarawak 4 weeks ago

Pengurus Aston Villa, Unai Emery. Foto AFP

NEWCASTLE (UK): Unai Emery menegaskan Aston Villa hanya boleh dianggap pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekiranya mereka masih berada dalam persaingan dengan berbaki tiga perlawanan musim ini.

Villa menghampiri pendahulu liga, Arsenal, dengan jurang empat mata selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Newcastle, hanya beberapa jam sebelum Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 3-2 di laman sendiri kepada Manchester United yang kembali bangkit.

Pasukan bimbingan Emery yang kini di tangga ketiga liga mengumpul mata sama dengan Manchester City di tempat kedua, ketika saingan kejuaraan semakin sengit.

Namun, walaupun meraih kemenangan pertama di St James’ Park sejak 2005, pengendali berpengalaman itu enggan terbawa-bawa dengan impian menjulang kejuaraan pertama kelab itu sejak 1981.

“Minggu lalu kami tewas kepada Everton dan tiada siapa bertanya tentang pencabar kejuaraan, tetapi sekarang ya?” katanya.

“Minggu depan kami menentang Brentford di tempat sendiri. Jadi bertenang. Mengekalkan keseimbangan adalah satu-satunya objektif yang ada dalam fikiran saya.

“Satu-satunya cara yang saya tahu ialah bekerja setiap hari dan jika prestasi konsisten, mungkin kita boleh jadi lebih baik dan mungkin pada perlawanan ke-35, kita boleh bercakap secara berbeza.”

Emery secara konsisten berpegang pada pendiriannya bahawa Villa adalah pasukan kerdil dalam perebutan kejuaraan berikutan kekuatan kewangan Arsenal, Manchester City, Liverpool dan Chelsea.

Beliau kembali menekankan perkara itu apabila ditanya mengenai peluang Villa untuk menamatkan musim di puncak liga.

“Sudah tentu kami bersaing dengan Arsenal, kami bersaing dengan Manchester City, kami bersaing dengan Chelsea, kami bersaing dengan Liverpool, kami bersaing dengan Newcastle, dengan Tottenham… Wow, kekuatan yang mereka ada,” katanya.

“Tetapi kami tetap bersaing dan kami berada di situ. Kami mengutip mata.”

Villa, yang memenangi enam dan seri tiga daripada 12 perlawanan liga di tempat lawan musim ini, mendahului perlawanan apabila Emiliano Buendia melakukan rembatan melengkung tepat ke sasaran yang menewaskan penjaga gol Nick Pope.

Newcastle hampir menyamakan kedudukan tetapi diselamatkan oleh aksi cemerlang penjaga gol Villa, Emiliano Martinez, yang menafikan tandukan Lewis Miley sejurus sebelum rehat.

Villa menambah jaringan pada penghujung perlawanan menerusi Ollie Watkins, namun Emery menerima khabar kurang menggembirakan apabila pemain tengah Scotland, John McGinn, terpaksa diketepikan sehingga dua bulan akibat kecederaan lutut.

“Kami sangat, sangat gembira dan amat berbangga dengan kerja yang kami lakukan kerana selepas tewas kepada Everton, kami perlu memberi reaksi seperti ini,” kata Emery. – AFP

Continue Reading

Previous: Rosenior puas hati, Chelsea lepasi ujian besar
Next: Tiga isu panas Liga Perdana Inggeris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.