ALEXANDRA LORNA
KUCHING: Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak, Pasar Raya Emart & Emart Xpress telah melancarkan beberapa siri promosi harga rendah yang bermula semalam sehingga 4 Jun 2020.
Semua pelanggan dialu-alukan untuk membeli-belah di Pasar Raya Emart & Emart Xpress di mana pelbagai jenis barangan perayaan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, minuman, makanan dalam tin, makanan ringan dan hamper juga telah disediakan untuk pembelian pelanggan.
Bagi memberi tawaran termurah kepada semua pelanggan yang dihargai, promosi panas barang perayaan untuk kedua-dua musim perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak kini sedang dianjurkan di semua pasar raya Emart!
Bertepatan dengan slogan Emart, “Lebih Jimat, Lebih Selamat, Hanya di Emart”, pasaraya ini turut mementingkan keselamatan dan kesihatan pembeli mereka.
Emart bukan sahaja menyediakan barangan perayaan dengan harga berpatutan, mereka juga mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Antara garis panduan yang telah dilaksanakan adalah pemakajan topeng muka, jarak anti-sosial 1m, pemeriksaan suhu badan, pencucian tangan dan juga hanya pintu masuk utama yang dibuka untuk memastikan pemeriksaan setiap pelanggan dapat dipantau.
Tujuan demikan adalah untuk memastikan keselamatan setiap pembeli Emart.
Menurut penyataan terkini Kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), waktu operasi Emart telah dilaraskan dari tarikh 12 Mei hingga 9 Jun 2020.
Jadual operasi adalah seperti berikut iaitu Emart Matang, beroperasi bermula 8 pagi hingga 10 malam Emart Batu Kawa (7am – 10pm), Emart Xpress Sukma Ria (9am – 9pm), Emart Xpress Demak Laut (9am – 9pm), Emart Tudan, Miri (9am – 10pm), Emart Riam Miri (9am – 10pm), Emart Bintulu (9am – 10pm) dan Emart Batu Niah (7am -7pm).
Selain itu, semua penyewa pasaraya Emart telah mula beroperasi mulai tarikh 12 Mei 2020 dari jam 9 pagi hingga 10 malam kecuali kedai Salun Rambut, Salun Kecantikan, Pusat Urut & Pusat Boling masih akan kekal tutup.
Bahagian pasar segar Emart juga akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Untuk mengetahui maklumat lanjut sila layari Facebook Emart Malaysia di https://www.facebook.com/EmartMY/.
Emart mengucapkan Selamat Hari Raya Aldilfitri dan Gawai Dayak kepada semua.