KUCHING: Berita gembira buat semua ahli pasar raya Emart. Pada 16 September 2020 (Rabu), Kumpulan Pasar Raya Emart akan menganjurkan ‘Emart 916 Member Day’ di seluruh cawangan pasar raya Emart.
Sejak tahun 2015, 16 September telah menjadi satu tarikh keramat buat Emart yang sangat terkenal sebagai Hari Keahlian Emart 916.
Pada hari tersebut, pelanggan terutamanya ahli Emart pasti akan rambang mata dengan promosi serta tawaran hebat yang akan disajikan.
Aktiviti dan permainan yang penuh dengan hiburan, hadiah premium menanti untuk diberikan. Semua ini telah disediakan secara eksklusif untuk dinikmati oleh ahli-ahli Emart.
Emart sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan kerana mengutamakan pelanggan.
“Sebagai usaha untuk komitmen kami, kami akan memanjangkan waktu perniagaan kami pada ‘Emart 916 Member Day’.
“Kami akan memulakan masa operasi bermula 7.00 pagi di cawangan Emart Batu Niah, Tabuan Jaya, Matang, Demak Laut dan Sukma Ria.
“Sementara di cawangan Emart Tudan, Riam dan Bintulu akan memulakan operasi pada 8.00 pagi, 16 September ini.
“Kecuali Emart Batu Kawa akan beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, manakala aktiviti lain akan bermula 7.00 pagi,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Emart.
Pada masa yang sama, Sarawak Pay memberikan pulangan tunai khas kepada semua Pembeli Emart yang melakukan transaksi menggunakan Aplikasi Pay Sarawak pada ‘Emart 916 Member Day’ (16 September 2020).
Untuk memeriahkan lagi, Emart menawarkan pembelian satu percuma dan satu aiskrim percuma pada 16 September 2020 di cawangan Emart Tabuan Jaya, Batu Kawa, Matang, Demak Laut, Tudan, Riam, Batu Niah dan Bintulu.
Pada 16 September, Emart telah menyediakan lebih daripada 6,000 ganjaran untuk pelanggan utama tahunan.
Beberapa hari sebelum ‘Emart 916 Member Day’, Pelanggan Utama Tahunan akan menerima kod khas melalui SMS, mereka perlu pergi ke Emart yang berkaitan dan menunjukkan kod khas untuk menebus hadiah mereka!
Berikutan dengan prosedur operasi standard (SOP), acara Ballon Drop digantikan dengan Cabutan Bertuah ‘Emart 916 Member Day’.
Pelanggan dijemput untuk terus mengikuti laman facebook Emart untuk sesi cabutan bertuah pada 9.16 malam selepas membeli-belah.
Untuk menyertai cabutan bertuah tersebut, ahli dikehendaki membelanjakan RM91.60 ke atas dalam satu resit untuk kelayakan tersebut.
Sebagai Ahli Emart, anda mungkin boleh menikmati 5 kali ganda mata keahlian, semasa anda membeli-belah di Emart pada ‘Emart 916 Member Day’.
Daftarkan diri anda sebagai Ahli Emart, bermula 12 hingga 16 September 2020, semua pendaftaran ahli dan pembaharuan keahlian berhak mendapat 300 mata percuma.
Untuk mengelakkan barisan panjang, Pembaharuan dan Pendaftaran Keahlian kini boleh dilakukan dalam talian di kaunter Emart.
Untuk Pembaharuan Keahlian, pembeli boleh log masuk ke https://member.emart.my/renew. Orang ramai boleh melayari https://member.emart.my/register untuk menjadi ahli baru.
Penebusan Mata Khas ditawarkan kepada semua Ahli Emart Aktif, ahli dapat menebus Baucar Tunai Emart RM 5 dengan harga serendah 399 mata ahli sahaja, yang mana hari biasa akan berharga 495 mata ahli. Penebusan ini telah dilanjutkan hingga 5 hari, dari 12 hingga 16 September 2020.
Baucar diskaun RM3 percuma di cawangan Tabuan Jaya, Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam pada 16 September 2020 dengan setiap pembelian RM 91.60.
Baucar ini boleh digunakan untuk gerai terpilih. Semua promosi ini hanya untuk Ahli Emart dan sah pada 16 September 2020 sahaja.