Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Elon Musk orang pertama miliki kekayaan dianggarkan lebih AS$400 bilion
  • GLOBAL

Elon Musk orang pertama miliki kekayaan dianggarkan lebih AS$400 bilion

Utusan Sarawak 5 months ago

Elon Musk

NEW YORK: Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Agensi Berita Jerman dpa yang memetik Forbes dan Bloomberg.

Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.

Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Musk mencecah AS$431.2 bilion pada Khamis, manakala firma perkhidmatan kewangan Bloomberg pula menganggarkan nilainya sekitar AS$447 bilion.

Sejak Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung pada awal November lalu, kenaikan harga saham Tesla menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kekayaan lelaki berusia 53 tahun itu.

Pelabur berpendapat Tesla akan mendapat manfaat daripada hubungan rapat Musk dengan Presiden Dipilih AS, Donald Trump.

Musk menyokong Trump dengan sumbangan berjuta-juta dolar sepanjang kempen pilihan raya itu, dan beliau dijangka memainkan peranan dalam kerajaan bawah pentadbiran Trump untuk menerajui inisiatif penjimatan.

Selain Tesla dan SpaceX, Musk juga memiliki syarikat lain seperti platform dalam talian X, pembangun kecerdasan buatan (AI) xAI, serta Neuralink yang kini dalam proses membangunkan teknologi implan otak.

Di tangga kedua senarai individu terkaya ialah pengasas Amazon, Jeff Bezos dengan anggaran kekayaan lebih AS$240 bilion. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Next: Syarikat angkasa Jepun tangguh percubaan kedua ke orbit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.