Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Elak penjawat awam muflis
  • NASIONAL

Elak penjawat awam muflis

Utusan Sarawak 2 months ago
LAFAZ… Antara penjawat awam yang melafazkan Ikrar Rukun Negara pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2025 dan Perhimpunan Bulanan JPA di Kompleks C, Putrajaya hari ini. -Foto BERNAMA

LIPIS: Senario penjawat awam muflis akibat bebanan hutang yang tinggi boleh dielakkan sekiranya Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA (SPeKAR) diguna pakai sebagai pusat sehenti pemeriksaan kelayakan sebelum sesuatu pinjaman diluluskan. 

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

“Kajian menunjukkan 10 hingga 15 peratus penjawat awam muflis setiap tahun. Dengan adanya SPeKAR, kita dapat mengenal pasti lebih awal mereka yang berisiko tinggi dan mengelakkannya daripada terus menambah beban kewangan.

“Sistem ini boleh digunakan sebagai pusat sehenti untuk memeriksa kredit individu yang melakukan urus niaga dengan institusi kewangan. Ini bagi memastikan pemohon pinjaman mempunyai tahap kredit yang baik dan tidak membebankan mereka dengan pinjaman baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) Datuk M Bakri Abd Majid sebelum ini berkenaan penjawat awam yang tidak mampu membayar pinjaman kerana meminjam luar kemampuan di sini semalam. 

Abdul Fattah berkata kelebihan sistem itu ialah kebanyakan penjawat awam mempunyai jaringan kredit melalui koperasi berikutan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) adalah komponen utama yang terdapat dalam SPeKAR.

Beliau berkata majoriti kakitangan awam membuat pinjaman bayaran insurans, yuran kelab atau keahlian atau membuat potongan yayasan menggunakan SPGA.

“SPGA adalah sumber utama penyimpanan data peminjam yang penting dalam SPeKAR selain 366 pemberi pinjaman termasuk Non Bank Lender Credit Information (NLCI) dan penyumbang data senarai hitam.

“Oleh itu, ANGKASA menawarkan kepada syarikat pemberi pinjaman supaya menggunakan SPeKAR sebagai pusat sehenti pemeriksaan kelayakan individu terutama melihat mana-mana pemohon yang berada dalam senarai peminjam bermasalah,” katanya. 

– BERNAMA 

Continue Reading

Previous: 774 Penolong Pegawai Perubatan diberi jawatan tetap
Next: Penipuan pekerjaan di Myanmar: 26 rakyat Malaysia dihantar pulang esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.