Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Elak jadi mangsa ‘scam’, penduduk Sungai Tulai hadir ceramah kesedaran
  • WILAYAH

Elak jadi mangsa ‘scam’, penduduk Sungai Tulai hadir ceramah kesedaran

Utusan Sarawak 23 hours ago
CERAMAH…..Ceramah daripada BSJKD Meradong di Rumah Edmund Labang. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Lebih 80 orang penduduk tempatan menghadiri ceramah pencegahan jenayah komersil di Rumah Edmund Labang, Sungai Tulai sempena Hari Majlis Bersama Penduduk di bawah projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Program Promosi Kesihatan dan Kesedaran semalam. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, ceramah tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya jenayah komersil, khususnya penipuan atas talian yang semakin membimbangkan.

“Antara intipati ceramah termasuklah penjelasan mengenai peranan National Scam Response Centre (NSRC) 997, aplikasi Whoscall, promosi kod QR untuk akses e-Book Jenayah Komersil serta pendedahan berhubung isu keldai akaun yang sering menjerat masyarakat luar bandar,” katanya ketika dihubungi media. 

Katanya, ceramah tersebut disampaikan oleh wakil dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD) Meradong. 

“Ceramah seperti ini penting bagi memberi pendidikan kepada masyarakat agar lebih berhati-hati, selain memanfaatkan saluran rasmi Polis Diraja (PDRM) untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

“Platform rasmi seperti portal Semak Mule/CCID Check serta laman media sosial @CyberAlertRMP dan @JSJKPDRM boleh digunakan orang awam bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Ceramah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan positif daripada penduduk yang menzahirkan penghargaan kepada penganjur kerana mendapat pendedahan berguna serta menyatakan kesediaan untuk berkongsi maklumat e-book Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dengan keluarga dan rakan-rakan mereka,” katanya. 

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dan Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelamin kilat, banjir tidak halang majlis persandingan di Trusan
Next: Lebih 1,000 hadiri upacara pembakaran kapal sempena Festival Zhong Yuan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.