Pelamin kilat, banjir tidak halang majlis persandingan di Trusan

Facebook
WhatsApp
TETAP MERIAH…Pelamin segera disediakan dalam kawasan halaman rumah sambil hadirin dan keluarga tetap menceriakan pengantin. Foto Adeng Edrus

LAWAS: Perkongsian Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) Zon Trusan, Ismawe Samah memperlihatkan majlis persandingan pengantin di Trusan terpaksa dipindah ke halaman rumah.

Ini berikutan bahagian rumah pengantin mula di penuhi air banjir kilat dan pelamin kilat turut dibina dalam kawasan halaman rumah pengantin perempuan di Trusan.

DILANDA BANJIR…Rumah pengantin yang telah mula dibanjiri air daripada Batang Trusan yang terus menunjukkan paras tanda air yang semakin meningkat. Foto Adeng Edrus
 

Majlis berlangsung meriah walaupun singkat kerana hadirin masing-masing mula bergerak balik untuk melihat keadaan di rumah mereka.

Oleh Adeng Edrus