Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ekslusif: Dyanne Oshield kembali rancakkan industri muzik, lancar single baharu
  • HIBURAN

Ekslusif: Dyanne Oshield kembali rancakkan industri muzik, lancar single baharu

Utusan Sarawak 3 hours ago
SINGLE terbaharu berjudul Nuan Nadai Endur Mantah Dyanne Oshield setelah sekian lama tidak tampil dengan karya baharu.

SIBU: Penyanyi Iban berbakat, Dyanne Oshield, kembali menghangatkan industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharu berjudul Nuan Nadai Endur Mantah setelah sekian lama tidak tampil dengan karya baharu.

Kemunculan semula itu bukan sekadar memperkenalkan karya baharu, malah menjadi simbol kebangkitan semangat dan dedikasi beliau untuk terus aktif dalam dunia seni yang pernah melonjakkan namanya sebelum ini.

Dyanne berkata tempoh rehat yang diambil dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan serta memulihkan tahap kesihatan, termasuk berdepan cabaran asma dan isu berat badan.

“Kesihatan adalah aset penting bagi seorang penyanyi. Tanpa stamina yang baik, sukar untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya.

KEMUNCULAN semula Dyanne setelah berehat sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan serta memulihkan tahap kesihatan.

Beliau kini kembali dengan kondisi kesihatan yang lebih stabil hasil rawatan berterusan dan disiplin penjagaan diri, sekali gus meningkatkan keyakinan untuk kembali aktif di pentas seni.

Mengulas mengenai single baharunya, Dyanne berkata Nuan Nadai Endur Mantah membawa makna istimewa dalam perjalanan kariernya, selain mengekalkan elemen balada yang menjadi identiti muziknya.

Menurutnya, lagu tersebut ditulis dan digubah sepenuhnya olehnya sendiri, sekali gus memberikan sentuhan peribadi yang lebih dekat dengan jiwa pendengar.

“Karya ini sangat peribadi kerana ia datang daripada pengalaman dan emosi saya sendiri. Saya mahu pendengar merasai kejujuran dalam setiap bait lagu,” katanya.

Single berkenaan akan diterbitkan menerusi saluran Embat Lala di bawah platform Panggau Buluh Pengerindu, satu pendekatan baharu berbanding sebelum ini yang lebih tertumpu kepada saluran peribadi di YouTube.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih kekal sebagai artis bebas dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

DYANNE tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Eropah sekitar pertengahan tahun ini, sama ada pada Jun atau Julai, bagi tujuan rakaman dan memperluaskan jaringan seni di peringkat global.

“Saya memilih untuk kekal sebagai artis bebas kerana ia memberi ruang untuk saya berkarya dengan lebih bebas dan autentik,” katanya.

Dalam pada itu, Dyanne turut merancang beberapa projek baharu termasuk penghasilan lagu berbahasa Inggeris dan rakaman di Eropah sebagai usaha menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau berkata antara perancangan tersebut termasuk dua lagu Inggeris, sebuah lagu gabungan bahasa Inggeris dan Sepanyol, serta dua lagi lagu dalam bahasa Iban.

“Selain itu, saya juga sedang merancang single pop berjudul Cosmic Flame yang dijangka menjalani penggambaran video muzik di Eropah,” katanya.

Dyanne tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Eropah sekitar pertengahan tahun ini, sama ada pada Jun atau Julai, bagi tujuan rakaman dan memperluaskan jaringan seni di peringkat global.

Dengan perancangan lebih tersusun dan semangat baharu, kemunculan semula beliau dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam mengukuhkan kedudukan dalam industri muzik tempatan, di samping mengangkat karya berbahasa Iban ke persada lebih luas.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Baby Shima, Alif gegarkan Matu malam esok
Next: Top Gun 3 rasmi dalam penggambaran, Tom Cruise kembali sebagai Maverick

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.