Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Eksklusif: “Alhamdulillah saya selamat” – Lotus Elise milik Kaduk musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Eksklusif: “Alhamdulillah saya selamat” – Lotus Elise milik Kaduk musnah terbakar

Utusan Sarawak 1 day ago
MUSNAH… kereta Lotus Elise milik Kaduk musnah terbakar.

KUCHING: “Alhamdulillah saya tak apa-apa. Takpe, kereta boleh saya cari ganti. Yang penting kenangan bersama Lotus Elise ni saya tak akan lupa selamanya. The best car ever!!!!!”

Itu luahan pempengaruh, Fadhil Mohamad Isa atau lebih dikenali sebagai Kaduk, pemilik kereta sport jenis Lotus Elise yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Batu 12 Jalan Kuching-Serian, petang tadi.

Fadhil, ketika dihubungi, berkata insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Batu 7 menuju ke Batu 13 untuk berjumpa rakan.

“Saya mula terhidu bau hangus semasa memandu dan apabila berhenti di lampu isyarat, saya cuba mencari punca bau itu. Tiba-tiba saya nampak kepulan asap sebelum ternampak api di bahagian belakang kereta,” katanya.

Tambahnya, beliau sempat cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang disimpan di dalam kereta, namun tidak berjaya.

“Malangnya alat pemadam api tu tak berfungsi, mungkin sudah tamat tempoh. Titik peluh selama ini hilang sekelip mata, tapi tetap syukur kerana saya selamat tanpa kecederaan,” katanya.

KADUK menunjukkan keadaan keretanya selepas terbakar. Kredit foto FB Kaduk

Dalam hantaran di laman Facebook peribadinya, Fadhil turut berterima kasih kepada orang awam yang cuba membantu memadam kebakaran serta mereka yang menghubungi bomba selain menghargai usaha anggota bomba.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, mereka menerima panggilan kecemasan pada 5.46 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dengan kekuatan enam anggota bersama sebuah EMRS digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lotus Elise yang terbakar seratus peratus,” jelas kenyataan itu.

Operasi diketuai PBK II (TBK I) Andrew Chong menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan pada 6.30 petang.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan sebuah rumah, empat lagi terjejas di Sibu
Next: Kebakaran bahagian bateri kereta di Jalan Tabuan, pemilik cegah situasi jadi lebih buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.