Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ekoran cuaca, harga dagangan di pasaran getah dijangka sedikit tinggi minggu depan
  • BISNES

Ekoran cuaca, harga dagangan di pasaran getah dijangka sedikit tinggi minggu depan

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami dagangan pada harga yang sedikit tinggi minggu depan berikutan cuaca tidak menentu susulan perubahan iklim yang menyebabkan daun pokok getah luruh, kata pakar industri, Denis Low.

Beliau menjangka ketidaktentuan itu berlarutan sehingga Mac atau awal April, hasil susu getah akan berkurangan apabila daun pokok getah mula gugur.

“Beberapa kawasan sedang mengalami fenomena ini, manakala wilayah lain belum menghadapinya. Fenomena ini menyebabkan ketidaktentuan pengeluaran getah, yang mungkin menyebabkan pergerakan turun naik pasaran menjadi lebih ketara,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia menjangkakan pasaran getah mengalami dagangan pada harga lebih tinggi minggu depan didorong kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad.

Pertubuhan itu menjelaskan aliran meningkat dari segi harga itu berkemungkinan berterusan memandangkan kawasan pengeluaran getah memasuki musim daun luruh, yang akan menjejaskan penuaian dan bekalan.

Berasaskan mingguan, harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 31.0 sen kepada 921 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 2.0 sen kepada 687 sen sekilogram. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu depan
Next: Niaga hadapan emas dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.