Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • EAIC tidak lagi terima aduan PDRM, pegawai bermula esok
  • NASIONAL

EAIC tidak lagi terima aduan PDRM, pegawai bermula esok

Utusan Sarawak 2 years ago
PDRM tidak lagi disenaraikan di bawah Jadual Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaannya, selaras dengan berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) esok.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok.

Menurut Suruhanjaya berkenaan, ini kerana PDRM tidak lagi disenaraikan di bawah Jadual Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaannya, selaras dengan berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) esok.

“EAIC akan menyelesaikan semua aduan dan siasatan yang diterima sebelum 1 Julai 2023 dalam tempoh setahun sehingga 1 Julai 2024 selaras dengan seksyen 47 Akta 839,” kata EAIC dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap PDRM mulai esok boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri di talian 03-8886 8526 atau 03-8886 8529.

EAIC berkata, ia terus komited dengan visi sebagai peneraju dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integriti berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

Orang ramai boleh layari www.eaic.gov.my untuk sebarang maklumat atau info lanjut berkaitan EAIC. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harga tiket penerbangan mahasiswa IPTA diperkenalkan Ogos – Loke
Next: Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke forum minyak sawit di Kenya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.