Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Durian sebagai jambatan budaya antara Malaysia dan Perancis – Duta Perancis
  • BISNES

Durian sebagai jambatan budaya antara Malaysia dan Perancis – Duta Perancis

Utusan Sarawak 5 hours ago
DUTA Perancis ke Malaysia, Marc Abensour dan Chef James Won bergambar bersama durian semasa sesi “Durian: Penjelmaan Kuasa: Perspektif Lintas Budaya Perancis dan Malaysia” di Universiti Taylor hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: ‘Raja buah’ Malaysia, durian, mampu berperanan sebagai jambatan budaya antara Malaysia dan Perancis, menghubungkan kedua-dua negara melalui gastronomi, warisan dan penghargaan terhadap hasil tempatan, kata Duta Besar Perancis ke Malaysia Marc Abensour.

Bercakap pada perasmian persidangan, ” Durian: Penjelmaan Kuasa: Perspektif Lintas Budaya Perancis dan Malaysia “, beliau berkata buah itu menduduki tempat yang unik dalam landskap budaya Malaysia.

“Kini tiba masanya untuk memperkenalkan buah tropika yang tiada tandingan ini kepada pengguna Perancis, yang mementingkan penamaan asal, konsep ciri unik tempatan (terroir) dan mencari produk berkualiti, serta pemeliharaan warisan gastronomi dan masakan,” katanya.

Perancis dan Malaysia berkongsi kebanggaan yang sama dalam hasil tempatan, ketukangan dan pemeliharaan tradisi gastronomi, katanya, sambil menambah nilai-nilai bersama ini boleh membantu mengeratkan hubungan dua hala.

Beliau membuat perbandingan antara durian Malaysia dan keju Perancis, berkata kedua-duanya terkenal dengan baunya yang kuat tetapi, yang lebih penting, mewakili kepelbagaian, identiti serantau dan warisan masakan.

ROMBONGAN Perancis kelihatan teruja ketika mencuba durian buat kali pertama semasa sesi “Durian: Penjelmaan Kuasa: Perspektif Lintas Budaya Perancis dan Malaysia” di Universiti Taylor hari ini. Foto: Bernama

Abensour berkata durian ialah milik imaginasi kolektif Malaysia dan identiti nasional, sambil menambah bahawa buah tropika itu, dalam banyak aspek, dapat dilihat sebagai metafora untuk Malaysia sendiri.

“Kepelbagaian jenisnya, terroir dari mana ia berasal, dari Pulau Pinang ke Johor, merentasi Pahang dan wilayah Raub, kepelbagaian pilihan dan perdebatan yang dicetuskannya, menjadikannya lebih daripada sekadar buah semata-mata,” katanya.

Abensour berkata nilai-nilai yang dikongsi itu akhirnya boleh membuka jalan untuk durian Malaysia mendapat tempat di Pameran Pertanian Antarabangsa tahunan Perancis.

Menyentuh mengenai daya tarikan antarabangsa buah itu yang semakin meningkat, beliau berkata Musang King, varieti premium yang dihasilkan di Raub, Pahang, telah menikmati kejayaan kukuh di China malah telah digelar sebagai “Hermès durian” oleh pengguna China.

Memetik laporan akhbar antarabangsa, beliau berkata import durian China bernilai AS$7 bilion pada 2024, tiga kali ganda lebih tinggi daripada 2020, dengan lebih 90 peratus eksport durian global ditujukan untuk pasaran China.

DURIAN dipamerkan kepada rombongan Perancis yang menghadiri sesi “Durian: Penjelmaan Kuasa: Perspektif Lintas Budaya Perancis dan Malaysia” di Universiti Taylor hari ini. Foto: Bernama

Semasa sesi dialog persidangan itu, Pengarah Urusan Air Liquide Malaysia Bertrand Leroux berkata inovasi boleh memainkan peranan penting dalam mengubah produk pertanian kepada barangan eksport premium.

Beliau berkata Air Liquide telah memperkenalkan teknologi pembekuan kriogenik untuk durian Malaysia, membantu mengekalkan rasa dan kualiti di samping membolehkan buah itu memenuhi keperluan pasaran eksport dengan lebih baik.

Ketua Pegawai Teknologi DSR Taiko Berhad Ajmain Kasim berkata kebolehkesanan, pensijilan dan standard kualiti adalah penting untuk mengukuhkan industri durian Malaysia, khususnya dalam mengesahkan asal usul dan keaslian Musang King.

Beliau berkata Sistem Penjejakan Bersepadu Musang King (M-KITS) syarikat, membolehkan pengesanan asal yang disahkan dari ladang ke pokok, manakala pensijilan seperti MyGAP (Amalan Pertanian Baik Malaysia), Halal JAKIM, GMP (Amalan Pengilangan Baik), HACCP (Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya) dan piawaian keselamatan makanan lain membantu menyokong kedudukan pasaran global Malaysia.

Persidangan itu turut mengadakan perbincangan mengenai kepentingan budaya, ciri unik tempatan dan identiti durian, serta perjalanannya dari dusun ke pasaran global. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Malaysia, ASEAN raih limpahan manfaat Piala Dunia FIFA 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.